Bengkel Keusahawanan Digital – Penjenamaan Perniagaan dan Produk

22 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Bengkel Keusahawanan Digital – Pemasaran Digital yang bermula dari pukul 1:00 petang sehingga 2:30 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh tiga (3) orang peserta.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan Penjenamaan perniagaan dan produk. Peserta diterangkan tentang strutur jenis penjenamaan dalam pasaran pada masa kini. Antara pengisian kelas tersebut juga, peserta diterangkan tentang proses penjenamaan, bagi tujuan perkukuhankan produk dengandaya saing di luar. Semua peserta telah memberi respon yang positif kepada penceramah dengan baik.Kelas yang dijalakan selama dua hari tersebut telah tamat dan pada akhir sesi kelas dikahir dengan ses bergambar, penyampai hadiah kepada peserta yang aktif dan penyampaian sijil kepada peserta.

Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran keusahawan dan ICT dalam kalangan komuniti luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali